Tuesday, March 1, 2011

Sambutan PR Selangor 3 tahun, perjelas kejayaan dicapai

Tuesday, 01 March 2011 | Ruangan: Berita
SHAH ALAM, 1 Mac - Satu majlis Karnival Sambutan Tiga Tahun Kerajaan Negeri Selangor akan berlangsung pada 5 dan 6 Mac ini di Stadium Melawati Shah Alam sempena tiga tahun Selangor di bawah tampuk pentadbiran Pakatan Rakyat.Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr. Hassan Ali berkata, program ini diadakan bagi memberitahu rakyat berhubung kejayaan yang dicapai Pakatan Rakyat terhadap pembangunan dan kebajikan kerajaan negeri sepanjang tiga tahun pentadbiranya.

Menurut Hassan Ali, pada program itu juga akan memaklumkan kepada rakyat mengenai halangan-halangan untuk menyampaikan maklumat oleh kerajaan negeri dimana ia dinafikan Barisan Nasional melalui media-media mereka yang provokatif terhadap negeri-negeri Pakatan Rakyat seperti Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah.

“Secara tidak langsung majlis ini memberi peluang dan platform kepada rakyat untuk berjumpa terus dengan barisan kepimpinan negeri yang mentadbir negeri selama tiga tahun,” katanya.
Hassan Ali berkata, pada malam kemuncak program ini juga akan diadakan pelancaran buku jingga yang mana ia merupakan manifesto yang diketengahkan Pakatan Rakyat jika berjaya menawan Putrajaya pada pilihanraya Umum ke 13 akan datang.

Jelas Hassan Ali, pada pelancaran tersebut kerajaan negeri juga akan turut mengedarkan 10,000 hingga 15,000 unit buku Jingga secara percuma kepada rakyat.

Untuk tujuan itu juga pihaknya telah mencetak sebanyak 30,000 naskhah Buku Jingga.Karnival Sambutan Tiga Tahun Kerajaan Negeri Selangor akan disertai 40 jabatan kerajaan yang akan menjawab persoalan daripada rakyat mengenai sampah, kutipan sampah, jalan dan longkang dan sebagainya serta mengenai Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor atau PKNS dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor atau KUIS
.
Pada karnival tersebut juga beberapa pimpinan PAS, DAP dan PKR diperingkat pusat dijangka akan hadir serta memberikan ucapan masing-masing.Tambah Hassan Ali, pihaknya yakin Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah merangka program yang akan dijalankan sepanjang lima tahun akan datang.
Selangorkini

No comments:

Post a Comment