SHAH ALAM, 10 Feb – Kerajaan Negeri kesal dengan tindakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau JKKK yang berada di bawah pentadbiran Umno Barisan Nasional sebelum ini kerana tidak mampu melindungi harta awam yang disediakan bagi kegunaan orangramai sehingga mengakibatkan kerajaan mengalami kerugian RM384,776.00.
Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, Unit Perancangan Ekonomi Selangor atau UPEN menerima laporan kehilangan tersebut melalui maklumat yang disalurkan Pejabat Daerah dan Tanah seluruh Negeri Selangor ketika mesyuarat exco baru-baru ini.
Menurut Dr Xavier, maklumat yang diterima juga tidak termasuk dari daerah Petaling, Sepang dan Sabak Bernam.
Dr Xavier berkata, antara peralatan yang dilaporkan hilang di dalam Dewan Orang Ramai dan Balairaya di seluruh Selangor adalah seperti hampir kesemua kerusi plastik dewan yang dianggarkan kira-kira 50 ke 100 unit, kerusi Banquet, Alat Penghawa Dingin, Kipas Angin Siling, Kipas Angin Dinding, Komputer, Meja Mesyuarat, Meja Lipat Plastik, P.A System, Loud Speaker Dinding, Papan Putih beroda dan beberapa lagi kemudahan lain.
Jelas Dr Xavier, selepas piliharaya Umum Mac 2008 lalu, beberapa individu yang tidak bertanggungjawab telah melarikan beberapa peralatan dewan dengan ‘pengetahuan’ JKKK dan dipercayai adalah kegiatan ahli UMNO Barisan Nasional.
Malangnya, tindakan tersebut tidak dipedulikan berikutan kerajaan negeri mengalami pertukaran pentadbiran.
Sementara itu, beliau turut menyifatkan kehilangan tersebut sebagai satu ‘tindakan jenayah’ terhadap harta awam.
Tambah Dr Xavier, pihaknya dan kerajaan Negeri akan membuat laporan polis bagi setiap daerah yang terlibat dan berharap siasatan dan tindakan segera diambil pihak berkuasa terhadap individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini.

No comments:
Post a Comment