Wednesday, February 23, 2011

Selangor Terkini: Kerajaan Negeri ada bukti Umno terbabit

Tuesday, 22 February 2011 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 22 Feb – Kerajaan Negeri menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bersifat profesional dan mengambil langkah proaktif dalam mencegah penerbitan dan pengedaran permit Selangor Terkini di Selangor.
Akhbar tanpa permit itu dikesan mula diedarkan sejak Januari lalu dan sudah diterbitkan tiga keluaran.
Pada 17 januari lalu Kerajaan Negeri melalui seorang pegawai kanan telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Shah Alam, namun setakat ini tiada maklumat mengenai perkembangan terkini hasil siasatan itu

Minggu lalu, Kerajaan Negeri Selangor mempunyai bukti terbaharu bagi membuktikan pemimpin UMNO terbabit dalam pengeluaran dan pengedaran secara haram dan menggunakan lambang Kerajaan Negeri tanpa kebenaran.Menurut Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Faekah Husin pada sidang media di sini hari ini, misteri siapa yang terbabit dalam penerbitan dan edaran 

Selangor Terkini terdedah apabila kalendar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang yang juga Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus diedar bersama-sama akhbar Selangor Terkini.
Sebelum itu Abdul Shukor menafikan sekerras-kerasnya bahawa UMNO terlibat dengan akhbar berkenaan.
“Sikap merka yang suka ‘membaling batu tetapi sembunyi tangan’ ini tidak layak bergelar pemimpin Umno Selangor di bawah pimpinan Datuk Sri Najib Abdul Razak dan harus malu dengan tindakan sedemikian,”kata Faekah.Beliau juga menyifatkan apa yang dilaku oleh pihak Umno dalam penerbitan dan pengedaran Selangor 

Terkini adalah pengkhianatan sebenar terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan Sultan Selangor.
Tambahnya, Kerajaan Negeri sedia memberi bantuan kepada pihak polis dalam menjalankan siasatan. Antaranya Kerajaan Negeri sedia memberi bantuan penyiasat persendirian bagi memastikan pihak yang bertangungjawab dapat dihadapkan ke mahkamah.

No comments:

Post a Comment