Saturday, February 26, 2011

I-City perolehi hak mesin salji buatan Korea

Friday, 25 February 2011 | Ruangan: Berita

SEOUL, 25 Feb- Pemaju hartanah, I-City, akan memperkenalkan pengalaman “salji turun” yang pertama di Asia Tenggara, di Malaysia, apabilamemperoleh hak ke atas mesin salji buatan Korea untuk pusat artik seluas 50,000 kaki persegi di Shah Alam.Mesin salji unik itu dibangunkan khas untuk I-City atas permintaan syarikat  bagi menghasilkan salji dalam iklim tropika, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Eu Hong Chew.
Tanpa menyebut kos mesin itu, Eu berkata fasa pertama membabitkan pemasangan mesin 16 dram di siling pintu masuk utama Snowalk,

Mesin itu berupaya menghasilkan enam tan atau kira-kira 400 kilogram salji “lembut” sehari, katanya kepada wartawan Malaysia selepas menandatangani pakatan strategik untuk hak eksklusif di Malaysia dengan Ketua Pegawai Eksekutif yang juga pengasas Snow Ice Maker BarsKorea, Lee Ki Choon, pada Khamis di kilang  BarsKorea (BK Korea) di Incheon Metropolitan City.BarsKorea, syarikat Korea yang berpangkalan di Incheon, membekalkan mesin-mesin salji untuk industri makanan dan minuman sejak 10 tahun lepas.

Eu berkata BarsKorea bersetuju memberikan hak eksklusif itu kepada I-City dan sebagai balasan, I-City membenarkan BarsKorea membawa masuk para pelanggan perniagaannya melihat operasi mesin salji yang beroperasi di I-City.“I-City menggunakan teknologi Korea bagi mewujudkan salji dengan memusing dram menggunakan air tulen, dan pelawat akan menikmati pengalaman emping salji yang hampir serupa dengan salji semula jadi, pada pertengahan Mac.

Mesin salji itu dihantar ke Malaysia pada malam Khamis dan dijangka tiba di I-City minggu depan.
Mengulas lanjut mengenai teknologi Korea itu, Eu berkata peralatan itu mempunyai tiga komponen utama, sebahagian besarnya pendingin, dram salji dan kondenser. Pendingin digunakan untuk menapis dan menyejuk air pada suhu bilik Malaysia (kira-kira 24 darjah celsius) kepada 15 darjah celsius.Kondenser 50HP (kuasa kuda) ialah pusat proses penyejukan bagi membekukan dram salji kepada – 35 darjah celsius menggunakan gas penyejuk mesra alam R-404A.

Setiap daripada 16 dram salji menggunakan dram berpaten dengan bilah bagi mewujudkan emping salji.
Air kemudiannya dimasukkan ke dalam mesin dan emping salji terhasil serta-merta dan berterusan. Dram salji digantung dari siling dan ketika emping jatuh ke tanah, alat penghembus yang dipasang di tengah dram salji akan menghasilkan curahan salji ringan.Ditanya mengenai rancangan fasa kedua  SnoWalk, Eu berkata: “Kami mahu melihat sambutan orang ramai terhadap pengalaman salji ini dan akan memutuskan untuk memperkenal pelbagai pengalaman menarik sukan dan permainan musim sejuk, dengan kesan 4D.”

Ia merupakan pengalaman pertama salji turun di Asia Tenggara, dan SnoWalk memperkenal konsep salji dan iklim sejuk yang menarik, menghiburkan serta memberi pengetahuan,” katanya.“Pengunjung boleh menikmati pengalaman salji sebenar dan iklim subbeku serta cerun salji setinggi tiga tingkat,” katanya yang menambah I-City akan melakukan promosi di sekolah dan institusi pendidikan bersama Pusat Sains Negara.Selain menikmati salji sebenar, Eu berkata pengunjung boleh juga menikmati sinaran lampu LED yang dipasang antara 100 tan skulptur ais yang dihasilkan dengan reka bentuk yang kreatif.

Para pekerja dari Harbin, China, sebuah bandar yang terkenal kerana generasi pengukir ais, dan menganjurkan pertanding tahunan mengukir ais, membawa pakar dan peralatan yang dihasilkan sendiri ke Shah Alam untuk tujuan itu.Sementara itu, Pengurus Pemasaran BarsKorea Mark Lee, pada taklimat mengenai produk mesin salji itu, berkata BarsKorea mengambil masa hampir 10 bulan untuk menyiapkan projek itu dan akan menghantar empat atau lima pakar untuk memasang mesin berkenaan dalam tempoh dua hingga empat hari selain melatih jurutera I-City selama seminggu atau sebulan hingga mereka mahir menggunakan mesin berkenaan.

“Kami mempunyai teknologi pengeluaran salji yang berkualiti tinggi dan memandangkan kami menggunakan air tulen untuk menghasilkan salji, pengunjung boleh makan salji berkenaan. Kami menggunakan teknologi yang sama di Korea Selatan, dan ini adalah kali pertama kami membuat penyesuaian peralatan salji satu dram kepada mesin 16 dram untuk Malaysia,” katanya.Lee, anak pengasas BarsKorea, berkata BarsKorea sudah mengeksport mesin salji satu dramnya ke Filipina, Singapura dan Dubai, dan kira-kira 20 negara menggunakan perkhidmatan syarikat itu.

I-City dimajukan oleh I-City Properties Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh I-Bhd. I-Bhd disenarai di Papan Utama Bursa Malaysia, dengan Permodalan Nasional Bhd, pengurus dana terbesar Malaysia, merupakan pemegang utama sahamnya.
-Bernama-

Wednesday, February 23, 2011

Selangor Terkini: Kerajaan Negeri ada bukti Umno terbabit

Tuesday, 22 February 2011 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 22 Feb – Kerajaan Negeri menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bersifat profesional dan mengambil langkah proaktif dalam mencegah penerbitan dan pengedaran permit Selangor Terkini di Selangor.
Akhbar tanpa permit itu dikesan mula diedarkan sejak Januari lalu dan sudah diterbitkan tiga keluaran.
Pada 17 januari lalu Kerajaan Negeri melalui seorang pegawai kanan telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Shah Alam, namun setakat ini tiada maklumat mengenai perkembangan terkini hasil siasatan itu

Minggu lalu, Kerajaan Negeri Selangor mempunyai bukti terbaharu bagi membuktikan pemimpin UMNO terbabit dalam pengeluaran dan pengedaran secara haram dan menggunakan lambang Kerajaan Negeri tanpa kebenaran.Menurut Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Faekah Husin pada sidang media di sini hari ini, misteri siapa yang terbabit dalam penerbitan dan edaran 

Selangor Terkini terdedah apabila kalendar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang yang juga Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus diedar bersama-sama akhbar Selangor Terkini.
Sebelum itu Abdul Shukor menafikan sekerras-kerasnya bahawa UMNO terlibat dengan akhbar berkenaan.
“Sikap merka yang suka ‘membaling batu tetapi sembunyi tangan’ ini tidak layak bergelar pemimpin Umno Selangor di bawah pimpinan Datuk Sri Najib Abdul Razak dan harus malu dengan tindakan sedemikian,”kata Faekah.Beliau juga menyifatkan apa yang dilaku oleh pihak Umno dalam penerbitan dan pengedaran Selangor 

Terkini adalah pengkhianatan sebenar terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan Sultan Selangor.
Tambahnya, Kerajaan Negeri sedia memberi bantuan kepada pihak polis dalam menjalankan siasatan. Antaranya Kerajaan Negeri sedia memberi bantuan penyiasat persendirian bagi memastikan pihak yang bertangungjawab dapat dihadapkan ke mahkamah.

Sunday, February 20, 2011

ADUN Mewah: Henti Spekulasi, SPRM Boleh Siasat

BANDAR TUN RAZAK, 20 Feb – Tan Sri Khalid Ibrahim meminta semua pihak agar menghentikan spekulasi yang mengatakan terdapat segelintir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat Selangor yang hidup mewah hasil dari sumber tidak sah.Menteri Besar Selangor itu ditemui dalam satu sidang media di ibu kota berkata, isu in seharusnya tidak dijadikan tumpuan utama memandangkan urusan pentadbiran bagi  membela nasib rakyat adalah lebih diutamakan.

“Saya rasa ada baiknya kita salurkan tenaga kita untuk menentukan pentadbiran negeri dilakukan dengan bersih dan cekap kerana melalui cara itu kita tahu duit rakyat hasil negeri digunakan untuk kepentingan rakyat. Jadi pada saya itu yang lebih penting untuk kita lakukan,” katanya selepas berjumpa penduduk di Bandar Tun Razak hari ini.Khalid juga menjelaskan, kebanyakan ADUN sebelum ini telah memiliki aset sendiri, selain mempunyai kemampuan dalam menguruskan pentadbiran negeri.Bagaimanapun, beliau tidak menolak sekiranya ada pihak tertentu yang ingin melakukan soal siasat terhadap dirinya dan ADUN lain.

“Saya tidak menghalang orang membuat semakan dan kajian tapi yang penting adalah kegunaan rakyat bukan kegunaan peribadi,” katanya.Gabungan Anti Penyelewengan Selangor(GAPS) yang dikepalai bekas Setiausaha Umno bahagian Kapar Hamidzun Khairuddin sebelum ini mendakwa sekurang-kurangnya sepuluh ADUN Pakatan Rakyat hidup mewah dan sedang mengumpul bukti untuk mendedahkan isu tersebut.GAPS sedang mengumpulkan maklumat mengenai sepuluh Adun yang dimaksudkan.Mereka didakwa memiliki kereta mewah dan juga banglo selepas tiga tahun menjadi wakil rakyat. Namun katanya, pendedahan hanya akan dibuat tidak lama lagi.

Azmin : Dua buah surau Kampung Gombak Setia dan PKGS terima sumbangan ehsan MB

Saturday, 19 February 2011 | Ruangan: Berita


GOMBAK, 17 Feb – Dua buah surau di kawasan Kampung Gombak Setia dan Persatuan Kebajikan Gombak Setia (PKGS) hari ini menerima sumbangan dari ahli parlimen Gombak, Azmin Ali.
Sumbangan berjumlah RM2,500 kepada setiap satu badan itu katanya adalah ehsan daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah memberikan peruntukan untuk kawasan parlimennya
.
“Ini merupakan ehsan daripada menteri besar yang menyalurkan peruntukan sebanyak RM 150,000 setahun diagihkan mengikut keperluan dan hari ini kita menyalurkan kepada PKGS yang merupakan pertubuhan yang bergerak di atas yuran keanggotaan dan mereka tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan.“Maka saya memberikan sumbangan kepada PKGS dan dua buah surau yang terdapat dalam Kampung Gombak Setia,” katanya.

Jelas Azmin, peruntukan yang disumbangkannya itu adalah peruntukan khas tahunan ahli parlimen yang tidak diterimanya dari kerajaan pusat.Dua buah surau yang menerima peruntukan adalah surau Al-Ikhtihad dan Madrasah Al-Hilaliyyah Selangor Online.

Thursday, February 17, 2011

Kerajaan Selangor tarik diri daripada Suruhanjaya Diraja

Thursday, 17 February 2011 | Ruangan: Berita

KUALA LUMPUR, 17 Feb – Suruhanjaya Diraja menyiasat kematian Teoh Beng Hock menerima lagi tamparan hari ini dengan kerajaan negeri Selangor pula menarik diri daripada prosiding tersebut.
Sebelum prosiding bermula petang tadi, wakil kerajaan negeri Selangor, peguam Malik Imtiyaz Sarwar memberitahu panel bahawa kerajaan negeri hilang keyakinan terhadap perjalanan siasatan yang tidak langsung mencerminkan harapan rakyat yang mahukan kebenaran didedahkan.
“Setelah keluarganya menarik diri daripada prosiding, kita tidak lihat apa gunanya suruhanjaya ini diteruskan. Kita juga menyuarakan kebimbangan kita yang serupa dengan apa yang disuarakan oleh keluarga Beng Hock, iaitu di mana Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
“Dalam permohonan tersebut, selaras dengan apa yang didedahkan oleh (peguam) Gobind (Singh Deo) semalam bahawa Peguam Negara mahu mendapatkan keputusan bunuh diri,” jelas beliau.
Beliau berkata, tindakan Peguam Negara berbuat demikian jelas menunjukkan Jabatan Peguam Negara telahpun mengambil satu pandangan dan oleh kerana itu, penglibatan para pegawai dari jabatannya boleh dipertikaikan.
“Dengan keputusan semakan kini seperti menunggu keputusan panel Diraja, kita persoalkan apa guna panel ini sekarang? Ia patutnya salah satu daripadanya sahaja. Kalau sekiranya suruhanjaya mendapati ada beberapa pihak bersalah dan memohon Jabatan Peguam Negara untuk mengambil tindakan, dan pada masa yang sama Jabatan Peguam Negara berusaha mendapatkan keputusan ‘bunuh diri’, bermaksud tindakan Jabatan Peguam Negara akan menjadi amat tidak konsisten,” kata beliau lagi.
Malik seterusnya menegaskan, prosiding mahkamah mempunyai kuasa perundangan maka suruhanjaya sepatutnya membenarkan permintaan keluarga mendiang Teoh Beng Hock memfailkan semakan kehakiman semalam dan menunggu keputusan semakan dikeluarkan.
Selain itu, beliau menjelaskan memandangkan Peguam Negara yang sedang berusaha mendapatkan keputusan semakan kehakiman sebagai ‘bunuh diri’ maka adalah tidak konsisten sekiranya mengatakan para pegawai dari Jabatan Peguam Negara akan membantu siasatan Suruhanjaya Diraja dengan sikap kesamarataan tanpa prejudis.
“Suruhanjaya patut faham bahawa seluruh negara kini menyaksikan prosidig ini dan sekiranya keputusan panel diraja ini tidak memenuhi kehendak rakyat, rakyat akan mula memprsoalkannya. Inilah antara sebab kita membantah penglibatan pegawai Jabatan Peguam Negara,” kata beliau lagi.

Pengerusi Suruhanjaya Diraja, Tan Sri James Fong Cheng Yuen mengatakan tindakan ini merupakan sesuatu yang tidak dijangkakan tetapi panel menghormati keputusan kerajaan negeri maka membenarkan wakilnya berundur.Ditanyakan samada benar Jabatan Peguam sedang berusaha mendapatkan keputusan inkues sebagai ‘bunuh diri’, beliau memberitahu maklumat tersebut adalah daripada Gobind dan dipercayai benar memandangkan tiada sesiapapun wakil Jabatan Peguam Negara membangkang kenyataan tersebut walaupun Gobind telah menyatakannya beberapa kali sejak panel mula bersidang.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Diraja hari ini telah mengarahkan Setiausaha Suruhanjaya bagi memastikan agar dua pakar forensik yang telah memberi keterangan semasa inkues lalu dibawa untuk memberikan keterangan mereka.James Foong membuat pengumuman tersebut selepas panel mendapati kenyataan ahli Patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand serta pakar forensik England, Dr Peter Vanezis amat penting dalam membantu siasatan.Keputusan ini dibuat sebulat suara selepas panel melawat tempat kejadian di Plaza Masalam, Shah Alam pagi tadi.     Selangorkini

Opsel Ziarah Rakyat Peringkat Tg Karang

 Pkom Tg Karang Bersama Skuad Ehsan Dun Permatang Amk Tg Karang membuat "OPSEL ZIARAH RAKYAT"..pada hari ini 15/02/2011(selasa) di Kg Seri Tiram Jaya Dun Permatang..kubu kuat UMNO dlm Dun Permatang..

UNISEL ditukar kepada Universiti Selangor secara rasmi

Norutul Ilham | 16 Feb 2011, 06:45 pm


SHAH ALAM: Universiti milik penuh kerajaan Selangor, Universiti Industri Selangor (UNISEL) secara rasmi ditukar nama kepada Universiti Selangor berkuat kuasa hari ini dengan mendapat kelulusan daripada  Kementerian Pengajian Tinggi.Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata penukaran nama itu selaras dengan program penjenamaan semula UNISEL yang telah mencapai  usia 11 tahun dan bagi memenuhi perkembangan semasa.
 
“Nama “Industri”, yang diberikan untuk memenuhi keperluan industri Selangor satu ketika dahulu, perlu ditukar selaras dengan perkembangan ekonomi. UNISEL perlu menjadi lebih komprehensif dengan menawarkan kursus-kursus bukan sahaja industri malah sains, teknologi, bahasa dan komunikasi.
“Penjenamaan semula ini sebagai proses transformasi untuk melonjakkan nama UNISEL sehingga ke peringkat antarabangsa dan setaraf dengan universiti tempatan yang sedia ada,” kata Khalid.
Khalid memberitahu dengan perkembangan akademik yang pesat, UNISEL juga perlu melakukan perubahan positif yang mencerminkan hasrat kerajaan negeri yang mahu melahirkan modal insan cemerlang dan mampu  menyumbang kepada kemajuan negara.“Saya berharap dengan penukaran nama ini dapat disusuli dengan usaha dan tata cara kerja yang professional, telus dan bertanggungjawab.

Beliau juga mengucap penghargaan kepada Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Datuk Dr Rosti Saruwono dan warga kerja yang berusaha keras untuk membawa universiti sehingga ke tahap sekarang.Justeru kata Khalid, beliau akan mengadakan majlis sambutan sempena pernukaran nama ini pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Zakat Selangor Sumbang RM100,000 Untuk Mangsa Banjir Di Kedah

ALOR SETAR 17 FEB: Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menyampaikan bantuan zakat sebanyak RM100,000 untuk mangsa-mangsa banjir diKedah awal November tahun lalu.Cek sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pengerusi LZS Tan Sri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail kepada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Anak Bukit di sini hari ini.
 
Bantuan melalui Majlis Agama Islam Negeri Kedah itu bertujuan membantu meringankan beban mangsa banjir selain sebagai satu tanggungjawab sosialLZS bagi membantu umat Islam yang dilanda musibah atau bencana.
Turut hadir pada majlis penyerahan cek bantuan itu ialah Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Ketua PegawaiEksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof.- Bernama.

Monday, February 14, 2011

Bekerjasama seperti satu keluarga – MB

KAJANG, 13 Feb - Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (Pakatan) mengamalkan dasar keterbukaan dan kebertanggungjawaban serta bekerjasama sebagai satu keluarga bagi memajukan negeri Selangor tanpa ada rasa perbezaan kaum dan agama.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam ucapan sambutan Tahun Baru Cina di sini semalam menjelaskan, semua bangsa harus berganding bahu bersama bagi kemajuan dan kejayaan negeri Selangor kerana melalui cara ini kita akan berasa selesa dan bangga berada di negeri imi.
“Pada perayaan ini saya mengingatkan masyarakat Tionghua dan masyarkaat Selangor supaya memggunakan kesempatan iniuntuk sama-sama membangunkan keluarga kita dan bekerja sebagai satu keluarga untuk menjayakan negeri Selangor,” katanya.
Katanya, dengan kaedah itu Pakatan dapat membuat perubahan minda terhadap rakyat Selangor tanpa membeza-bezakan mana-mana kaum dan agama.
“Kerajaan Pakatan telah memberi sumbangan sejumlah enam belas juta setiap tahun kepada Sekolah Agama Rakyat (SRA), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Menengah Cina swasta di seluruh negeri Selangor,” katanya.
Sebagai Menteri Besar jelasnya, beliau dan kepimpinan negeri sentiasa berusaha untuk memastikan harta dan kekayaan negeri Selangor diurus dengan cekap dan bertanggungjawab.
Tambahnya, kerajaan negeri telah meluluskan permohonan pelupusan secara pemilikan tanah kerajaan di bawah seksyen 76 untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Counghnout bagi kegunaan masyarakat di situ.
Pada tahun ini juga ujarnya, kerajaan negeri telah memperuntukkan satu juta ringgit bagi setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk membaikkan jalan raya dan parit-parit dan diharapkan semua Adun dapat menggunakan peluang itu untuk memberikan keutamaan kepada tempat-tempat yang harus diperbaiki supaya menjadi memberikan keselesaan kepada masyarakat.
Walau bagaimanapun pihaknya mengingatkan semua rakyat berjimat cermat menggunakan wang ringgit dengan cara yang terbaik kerana harga barangan mula naik dan simpanan wang mungkin terjejas.
Sehubungan itu, jelasnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan akan mengadakan pertemuan pada Februari ini bagi membincangkan serta mencadangkan bagaimana boleh membantu meringankan bebanan harga barangan melalui cara yang dipanggil “market intervention”.
Majlis keraian Tahun Baru Cina yang dihadiri lebih dua ribu orang itu turut menyaksikan kehadiran tuan Speaker negeri, Datuk Teng Chang Kim, Adun Kajang, Lee Kim Sin dan barisan Exco Selangor.
Kemeriahan majlis diserikan dengan persembahan pertunjukan kebudayaan dan tarian masyarakat Cina.

77 Penduduk Kampung Indian Settlement terima geran. Tahniah YB



GOMBAK, 13 Feb - Kerajaan Negeri Selangor berjaya menyelesaikan masalah 77 penduduk Kampung Indian Settlement bagi memperoleh geran tanah mereka.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amirudin Shari berkata, mesyuarat khas yang diadakan bertujuan memastikan pengurusannya teratur dan program menyerahkan geran tanah kepada mereka yang layak akan diadakan pada 19 Februari ini.
“Kita harap majlis ini nanti akan berjalan lancar tanpa sebarang halangan. Insya-Allah, ia akan dirasmikan sendiri Menteri Besar, Tan Sri Abd khalid Ibrahim, pada jam 2.30 petang.
“Diharap semua media dan penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Caves dapat menghadiri “Majlis hi-tea bersama pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) Selangor pada hari itu nanti,” katanya.
Hadir sama, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, ketua-ketua kampung di DUN Batu Caves, pihak Pejabat Tanah Daerah Gombak, Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan polis.
Dalam pada itu, Amirudin berkata, semenjak 50 tahun lalu, isu geran ini tidak dapat diatasi dengan baik walaupun penduduk telah mengadakan bantahan kepada pihak terlibat agar masalah itu dapat diatasi sebaiknya.
Difahamkan rentetan isu itu, penduduk telah menghantar surat berkaitan permohonan penyelesaian geran tanah ini kepada pihak berkenaan termasuk di Pejabat Adun Batu Caves penggal ini.
Sementara itu, wakil penduduk, N.Malairasan memaklumkan, mereka sudah menyerahkan surat bantahan penduduk kepada Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Batu Caves apabila Pakantan menang pada Pilihan Raya Umun ke-12 (PRU-12) lalu.


Sunday, February 13, 2011

Gambar Kenangan di Seminar - pembangunan Semula Pemikiran Islam Melayu


Sebahagian perserta yang hadir dalam seminar

Tn Pengarah CCSB Zakaria Andul hamid dan Juga Yb Shuhaimi b Shafie ADUN Sri Muda

Aktiviti PKOM Selangor - Opsel Reaksi Rakyat


Bersama bekas Ahli Parlimen Kelang, Datuk V Govindaraj yang masih mendiami rumah asal sejak dari dulu hingga sekarang walaupun pernah menjawat jawatan Setiausaha Parlimen pada suatu ketika.

Syabas Pkom Selangor yang berani turun padang bertemu dengan rakyat yang tidak kira darjat pangkat dan kaum bagi menyampaikan infomasi dan maklumat dasar-dasar Kerajaan Negeri Selangor. yang diterajui oleh Pn Salmah, Pn Sharifah dan Pn Sisom.




Saturday, February 12, 2011

Selangor dan Indonesia setuju tingkatkan kerja sama perdagangan dua hala


SHAH ALAM, 12 Feb – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin Indonesia bagi meningkatkan lagi kerja sama dan persefahaman antara Kerajaan Selangor dan Republik Indonesia, khususnya melibatkan hubungan perdagangan dan pelaburan dua hala.
Pada pertemuan dengan Ketua Dewan Perwakilan Daerah (DPD), Irman Gusman di Jakarta hari ini, Menteri Besar menyarankan perlu adanya hubungan baik antara kedua-dua belah pihak yang akan memberi kesan positif kepada pertumbuhan ekonomi Indonesia dan Malaysia khususnya Selangor.
Dalam pertemuan itu juga, Menteri Besar mengucapkan tahniah kepada Irman Gusman yang menyambung ulang tahun kelahiran ke-49 hari ini. Menteri besar dan Irman Gusman adalah kenalan lama sebelum masing-masing menceburi politik.
Kedua-duanya juga sepakat untuk bekerjasama meningkatkan sektor pelancongan dan pendidikan. Majlis itu juga dihadiri anggota DPD lain termasuk AM Fatwa, Ibu Asmawati dan Jaafar Usman.
Ketika menghadiri Majlis Jalinan Perniagaan antara Delegasi Perniagaan dari Selangor dengan Dewan Perniagaan dan Perdagangan Jakarta di Hotel Sultan, Jakarta pada sebelah petang hari ini, Menteri Besar mempelawa pelabur Indonesia untuk terus menambah pelaburan di Selangor.
Tahun lalu, pelaburan Indonesia di Selangor berjumlah kira-kira RM200 juta dalam sektor pengeluaran makanan dan minuman, pengeluaran kosmetik dan penjagaan kecantikan diri.
Selain Menteri Besar, Kerajaan Selangor turut diwakili Exco, termasuk iaitu Teresa Kok, Dr Halimah Ali dan Dr Xavier Jayakumar beberapa wakil anak syarikat kerajaan negeri.
“Selangor sebagai negeri termaju berperanan penting mengekal dan melonjakkan prestasi ekonomi Malaysia,” kata Abdul Khalid ketika berucap kepada ahli-ahli Dewan Perniagaan dan Perdagangan Jakarta serta delegasi perniagaan Malaysia.
Ini kerana, katanya, Selangor menyumbang 35 peratus perdapatan ekonomi Malaysia dan lebih 60 peratus pembayar cukai adalah rakyat Selangor atau mereka yang bekerja di Selangor.
Menteri Besar mempelawa ahli perniagaan Indonesia dan Jakarta khususnya supaya merebut peluang pelaburan di Selangor kerana mempunyai kemudahan infrastruktur bertaraf antarabangsa.
“Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) menyediakan khidmat nasihat dan bantuan bermula sejak proses pemohonan sehingga kilang siap beroperasi. Malah, semua pihak berkuasa tempatan mempunyai pegawai pelaburan dan Pusat Sehenti Setempat (OSC) untuk menguruskan urusan pelaburan,” kata Menteri Besar.
Tan Sri Abdul Khalid berkata, Selangor memperoleh pelaburan kedua tertinggi sepanjang tahun lalu dengan pelaburan RM10.6 billion melibatkan 207 projek pelaburan baru dan 118 projek penambahan pelaburan sedia ada.
Sementara itu, Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perdagangan Jakarta, Edi Kutandi berkata, pihaknya amat menghargai usaha-usaha yang diambil Kerajaan Selangor untuk meningkatkan hubungan perdagangan kedua-dua pihak.
Beliau yang gembira dengan perjumpaan itu berjanji untuk membawa delegasi perniagaan ke Selangor dalam waktu terdekat untuk meninjau lebih dekat peluang-peluang perniagaan.

Thursday, February 10, 2011

Elaun guru Kafa di Selangor naik RM300

Kerajaan Negeri  meluluskan tambahan elaun sebanyak RM300 sebulan kepada guru-guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) yang bertugas di Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) di  seluruh Selangor.Dengan tambahan elaun RM300 ini menjadikan elaun bulanan guru-guru KAFA di SRA dan SRAI di Selangor sebanyak RM1,300 sebulan. Kenaikan elaun ini berkuatkuasa 1 Januari lalu.Kelulusan untuk kenaikan elaun itu dibuat pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang diadakan hari ini.

Tambahan elaun ini melibatkan 3,935 guru KAFA yang mengajar di 208 buah SRA dan 11 buah SRAI seluruh Selangor.Menteri Besar, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mengumumkan perkara ini pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat MMKN berkata,  kenaikan elaun bulanan ini akan melibatkan peruntukan tambahan Kerajaan Negeri lebih RM14 juta setahun.Pada masa ini, guru KAFA di SRA dan SRAI di Selangor menerima elaun sepenuhnya dari Kerajaan Negeri dan Baitulmal sebanyak RM1,000 sebulan atau RM61 juta setahun.“Kerajaan Negeri berharap kenaikan elaun bulanan ini akan mendorong guru KAFA di SRA dan SRAI berusaha meningkatkan kualiti kerja seharian,” kata Menteri Besar.

Dikeluarkan oleh
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR

Xavier :Hampir RM385 ribu peralatan balairaya seluruh Selangor dilaporkan hilang

SHAH ALAM, 10 Feb – Kerajaan Negeri kesal dengan tindakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau JKKK yang berada di bawah pentadbiran Umno Barisan Nasional sebelum ini kerana tidak mampu melindungi harta awam yang disediakan bagi kegunaan orangramai sehingga mengakibatkan kerajaan mengalami kerugian RM384,776.00.
Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, Unit Perancangan Ekonomi Selangor atau UPEN menerima laporan kehilangan tersebut melalui maklumat yang disalurkan Pejabat Daerah dan Tanah seluruh Negeri Selangor ketika mesyuarat exco baru-baru ini.
Menurut Dr Xavier, maklumat yang diterima juga tidak termasuk dari daerah Petaling, Sepang dan Sabak Bernam.
Dr Xavier berkata, antara peralatan yang dilaporkan hilang di dalam Dewan Orang Ramai dan Balairaya di seluruh Selangor adalah seperti hampir kesemua kerusi plastik dewan yang dianggarkan kira-kira 50 ke 100 unit, kerusi Banquet, Alat Penghawa Dingin, Kipas Angin Siling, Kipas Angin Dinding, Komputer, Meja Mesyuarat, Meja Lipat Plastik, P.A System, Loud Speaker Dinding, Papan Putih beroda dan beberapa lagi kemudahan lain.
Jelas Dr Xavier, selepas piliharaya Umum  Mac 2008 lalu, beberapa individu yang tidak bertanggungjawab telah melarikan beberapa peralatan dewan dengan ‘pengetahuan’ JKKK dan dipercayai adalah kegiatan ahli UMNO Barisan Nasional.
Malangnya, tindakan tersebut tidak dipedulikan berikutan kerajaan negeri mengalami pertukaran pentadbiran.
Sementara itu, beliau turut menyifatkan kehilangan tersebut sebagai satu ‘tindakan jenayah’ terhadap harta awam.
Tambah Dr Xavier, pihaknya dan kerajaan Negeri akan membuat laporan polis bagi setiap daerah yang terlibat dan berharap siasatan dan tindakan segera diambil pihak berkuasa terhadap individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini.

Saturday, February 5, 2011

Kerajaan Selangor begitu prihatin mengenai masalah pelajar-pelajar Selangor .

Kerajaan Selangor begitu prihatin mengenai masalah pelajar-pelajar Negeri Selangor khasnya dan pelajar-pelajar Malaysia yang lain amnya yang sedang menuntut di Mesir.
Bersama-sama dengan Wisma Putra, kerajaan negeri sedang mengikuti perkembangan secara dekat bagi menentukan semua pelajar berada dalam keadaan selamat.
Saya bersama Y.B. Dr. Yunus bin Khairi  mengadakan pertemuan dengan Wisma Putra pada dan telah diberi penerangan mengenai kedudukan para pelajar di sana. Tindakan-tindakan sedang diambil bagi membawa pulang pelajar-pelajar tersebut ke tanah air.
Kerajaan negeri melalui Lembaga Zakat Selangor akan menghantar peruntukan kewangan yang difikirkan mencukupi bagi menampung segala keperluan urusan harian para pelajar terutama dalam menghadapi saat-saat genting ini.
Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersama Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menubuhkan Bilik Operasi yang yang beroperasi 24 jam untuk membolehkan ibubapa dan sanak saudara terutamanya mengetahui kedudukan mutakhir pelajar kita di Mesir.
Mereka yang ingin menghubungi Bilik Operasi ini bolehlah menghubungi talian berikut bermula 8.30pagi setiap hari 03-55143520/3534/3538/3439/3576. Pertubuhan sukarela Briged Amal Selangor bersama Yayasan Amal Selangor telah diarah untuk menyediakan tenaga pembantu bagi membantu Bilik Gerakan yang beroperasi 24 jam itu.
Kerajaan Negeri telah mengarahkan semua masjid di negeri Selangor untuk mengadakan solat hajat mendoakan keselamatan seluruh rakyat negeri Selangor dan Malaysia amnya.
Pimpinan negeri Selangor sentiasa mendoakan para pelajar Selangor dan seluruh rakyat Mesir berada dalam keadaan selamat dan memohon agar Allah S.W.T. sentiasa merahmati mereka.


Y.B. Dr. Hjh Halimah Ali
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor

Pkom Selangor " Dun Tenang "

Pkom Selangor telah membawa Visi dan Misi Kerajaan Negeri Selangor kepada rakyat kawasan Dun Tenang, akan kebaikan Merakyatkan Ekonomi Selangor ( MES ), yang diterajui oleh Y.A.B Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid Ibrahim serta Pimpinan Pakatan Rakyat.