Monday, March 21, 2011

Anwar : Video Seks Fitnah Diselaras Pada Peringkat Tertinggi

Monday, 21 March 2011 | Ruangan: Berita

PETALING JAYA 21 Mac : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti awal dalam menolak dakwaan fitnah beliau kononnya  dirakam mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 21 Febuari lalu.
Anwar menegaskan beliau mempunyai rekod membuktikan pada hari kejadian itu didakwa berlaku, beliau mengemaskini maklumat di Twitternya  dan berada di rumah bersama isteri, anggota keluarga lain termasuk cucunya dan kakitangan yang bekerja untuk beliau.
“Tarikh adalah 21 Feb. Saya ada ‘tweet’ ketika itu yang dikaitkan dengan waktu tersebut” kata Anwar.
“Supaya takut digodam, saya lindungi twitter dan Facebook saya,’ tambah Anwar.
Beliau menyifatkan video seks yang didedahkan pagi tadi sebagai fitnah  yang diselaraskan pada peringkat tertinggi.

Anwar menegaskan beliau akan membuat laporan polis bersabit video itu pagi esok di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.” Tindakan mengundang pertubuhan media tertentu untuk menyaksikan video berkenaan diselaraskan pada peringkat tertinggi,”tegas Anwar.Beliau berkata, dalam video itu mempunyai sokongan langsung pihak berkuasa dan membabitkan polis cawangan khas serta penggunaan peralatan canggih.
Anwar juga  berkata orang yang dirakam melakukan persetubuhan itu jelas mempunyai “perut yang jauh lebih besar” berbanding beliau“Saya belum lihat lagi dan saya tidak tahu siapa (disebalik video itu. Atau samada ianya telah diedarkan. Perut lebih buncit daripada saya.

“Saya minta kepimpinan PKR supaya tidak terperangkap dengan politik kotor. Tumpu perhatian untuk Sarawak,” tambah Anwar. Anwar dengan senyum  bangun pada sidang media untuk membolehkan jurukamera mengambil gambar perutnya.Anwar percaya video fitnah itu mempunyai hubung kait dengan kempen Umno-Barisan Nasional untuk mencari kelebihan pada pilihanraya Sarawak.

“Mereka cari alasan baru sebab DUN sarawak mahu dibubarkan. Kita lawan,’ tegas Anwar.Dalam pada itu isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan video itu sebagai fitnah terbaru yang mempunyai agenda politik.

“Saya rasa terkejut kerana mahu saya letak jawatan. Apa yang saya buat? Ini motif politik,” jelas Presiden PKR itu yang hadir bersama pemimpin parti lain pada sidang media itu.
Klip video itu ditayangkan untuk  pihak media yang terpilih  pagi tadi  di hotel Seri Carcosa Negara di ibu negara. Wartawan menonton video selama 21 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.

Wednesday, March 16, 2011

Projek pembersihan Sungai Klang: MB Selangor tuntut penjelasan PM

 SHAH ALAM:Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu Perdana Menteri (PM) memberi penjelasan berhubung projek River of Lifebertujuan bagi pembersihan Sungai Klang di bawah Program TransformasiEkonomi (ETP).

Menurut satu kenyataan media kepada Keadilan Daily.com, Khalid berkata, tuntutan itu dibuat beliau dalam sepucuk surat yang dihantar kepada Datuk Seri Najib Razak semalam. Dalam surat tersebut, Khalid mahu Najib jelaskan mengapa tiada sebarang perkara substantif yang dilakukan dalam menjayakan projek berkenaan walaupun mesyuarat telah diadakan yang dipengerusikan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Beliau juga menyatakan kekecewaan apabila timbul beberapa persoalan
mengenai ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam proses membuat
keputusan berkaitan projek tersebut.Menteri Besar mempersoalkan pemilihan syarikat MRCB-Ekovest dan adakah tender terbuka digunapakai.

“Pelan kewangan dan persetujuan antara kerajaan Persekutuan dan MRCB- Ekovest berhubung projek itu secara keseluruhan dan jumlah yang akan dibayar kepada syarikat itu bagi menyiapkan projek berkenaan juga perlu dijelaskan oleh Datuk Seri (Najib Razak),” katanya. Khalid turut mempersoal kenapa kerajaan Selangor disisihkan daripada projek pembersihan dan pembangunan Sungai Klang.

Najib juga diminta menjawab mengapa Lembaga Urus Air Selangor (Luas) tidak diberi tanggungjawab terhadap projek pembersihan sungai di kawasan Selangor. Menteri Besar juga memohon peruntukan RM2 juta untuk disalurkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di sepanjang laluan sungai membabitkan Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bnadaraya Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Majlis Perbandaran Klang.

Khalid juga menjelaskan dalam suratnya itu bahawa kerajaan Selangor memulakan usaha membersihkan Sungai Klang kira-kira setahun lalu sebelum projek River of Life yang dibahagikan kepada tiga aspek iaitu pembersihan, pengindahan dan pembangunan berkenaan diwujudkan oleh PM. Menurut Khalid, kerajaan Selangor juga telah menyenarai pendek tiga syarikat untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan Sungai Klang. Oleh sebab itu, beliau menyarankan Perdana Menteri mengadakan mesyuarat dengan tiga syarikat berkenaan bagi melihat teknologi yang dicadangkan oleh syarikat terbabit.

Selangor hantar pulang pelajarnya ke Mesir

Wednesday, 16 March 2011 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 16 Mac – Kerajaan Negeri dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang dibantu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Tourism Selangor  berjaya menghantar pulang sekurang-kurangnya 750 pelajar Mesir dari negeri ini pulang untuk menyambung pengajian mereka.
Penghantaran pelajar ini dibuat secara berperingkat-peringkat bermula Ahad lalu untuk menghantar kesemua 996 pelajar di negeri ini.
Hari ini sahaja menyaksikan 250 baki penuntut dihantar pulang ke Mesir dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan terus ke Kaherah.
Salah seorang pelajar yang ditemui Selangor Kini, Noor Amali Bakri mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri sambil memuji kelancaran proses penghantaran yang dikendalikan oleh kerajaan negeri.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Selangor yang sudi membantu pelajar selangor.
“Dari segi perjalanan sangat teratur dan mudah bagi kami untuk tahu keadaan semasa, dan segalannya berjalan lancar setakat ini dari segi visa dan pasport diuruskan kerajaan negeri Selangor,”ujar beliau.
Sementara menurut pelajar tahun dua Universiti Alexandria, Mohd Shahir Nadzir, kerajaan negeri Selangor berjaya menjalankan tanggungjawab sosial dengan begitu baik sekali memandangkan Selangor mempunyai jumlah pelajar Mesir paling tinggi di negara ini.

“Saya ucapkan ribuan terima kasih atas usaha kerajaan negeri Selangor, seperti yang kita tahu pelajar Mesir dari Selangor adalah yang teramai, tahniah kepada kerajaan negeri kerana berjaya menghantar kebanyakannya pulang ke Mesir, setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada Kerajaan negeri Selangor,” ujarnya.

Kerajaan negeri dan Lembaga Zakat Selangor memperuntukkan RM2.14 juta untuk menghantar pulang pelajar Selangor melanjutkan pengajian mereka kembali di Mesir.Jumlah tersebut meliputi 556 pelajar tajaan negeri dan 440 orang lagi adalah di bawah tajaan LZS.Tinjauan Tv Selangor di perkarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam mendapati pelajar dan ibu bapa memenuhi kauter pendaftaran mengantar pulang anak mereka ke Mesir seawal jam 3 petang tadi.Ibu bapa yang ditemui juga turut melahirkan rasa bersyukur di atas bantuan yang dihulurkan kerajaan negeri Selangor.

“Saya sebagai bapa, saya bersyukur keatas bantuan yang diberikan kerajaan negeri dan kebimbangan kami selama ini sudah selesai dan tidak ada lagi kebimbangan,” ujar Hj Bakri Hj Hassan, bapa pelajar yang ditemui di Masjid Shah Alam petang tadi.

Sementara itu, Sakip Mansor pula berkata, beliau tidak merasa bimbang untuk menyerahkan tanggungjawab menghantar anaknya pulang menyambung pengajian dengan inisiatif kerajaan negeri Selangor.“Saya merasakan sangat yakin dengan inisiatif dan perancangan dari pihak yang bertanggungjawab ini untuk menguruskan pemergian pelajar-pelajar ini dan saya  tidak rasa ragu-ragu untuk melepaskan anak saya kerana saya rasa ia terjamin untuk anak saya sampai ke destinasi yang dituju,” katanya.

Dalam pada itu, kerajaan negeri Selangor juga telah menghantar pegawainya ke Mesir untuk memastikan penghantaran pulang pelajar ini berjalan lancar manakala Tourism Selangor pula menguruskan penerbangan pulang pelajar-pelajar ini.“Kami juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh ibu bapa yang sanggup menghantar anak mereka ke sini, kami juga ada menerima ucapan terima kasih daripada ibu bapa ketika kami sedang menguruskan pendaftaran pelajar,” ujar Md Saad Mahsah, salah seorang pegawai yang bertugas.

Tuesday, March 1, 2011

Sambutan PR Selangor 3 tahun, perjelas kejayaan dicapai

Tuesday, 01 March 2011 | Ruangan: Berita
SHAH ALAM, 1 Mac - Satu majlis Karnival Sambutan Tiga Tahun Kerajaan Negeri Selangor akan berlangsung pada 5 dan 6 Mac ini di Stadium Melawati Shah Alam sempena tiga tahun Selangor di bawah tampuk pentadbiran Pakatan Rakyat.Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr. Hassan Ali berkata, program ini diadakan bagi memberitahu rakyat berhubung kejayaan yang dicapai Pakatan Rakyat terhadap pembangunan dan kebajikan kerajaan negeri sepanjang tiga tahun pentadbiranya.

Menurut Hassan Ali, pada program itu juga akan memaklumkan kepada rakyat mengenai halangan-halangan untuk menyampaikan maklumat oleh kerajaan negeri dimana ia dinafikan Barisan Nasional melalui media-media mereka yang provokatif terhadap negeri-negeri Pakatan Rakyat seperti Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah.

“Secara tidak langsung majlis ini memberi peluang dan platform kepada rakyat untuk berjumpa terus dengan barisan kepimpinan negeri yang mentadbir negeri selama tiga tahun,” katanya.
Hassan Ali berkata, pada malam kemuncak program ini juga akan diadakan pelancaran buku jingga yang mana ia merupakan manifesto yang diketengahkan Pakatan Rakyat jika berjaya menawan Putrajaya pada pilihanraya Umum ke 13 akan datang.

Jelas Hassan Ali, pada pelancaran tersebut kerajaan negeri juga akan turut mengedarkan 10,000 hingga 15,000 unit buku Jingga secara percuma kepada rakyat.

Untuk tujuan itu juga pihaknya telah mencetak sebanyak 30,000 naskhah Buku Jingga.Karnival Sambutan Tiga Tahun Kerajaan Negeri Selangor akan disertai 40 jabatan kerajaan yang akan menjawab persoalan daripada rakyat mengenai sampah, kutipan sampah, jalan dan longkang dan sebagainya serta mengenai Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor atau PKNS dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor atau KUIS
.
Pada karnival tersebut juga beberapa pimpinan PAS, DAP dan PKR diperingkat pusat dijangka akan hadir serta memberikan ucapan masing-masing.Tambah Hassan Ali, pihaknya yakin Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah merangka program yang akan dijalankan sepanjang lima tahun akan datang.
Selangorkini